PN cukup SD: Saya tidak mahu komen, tumpu kerja - Anwar

PN cukup SD: Saya tidak mahu komen, tumpu kerja – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika hadir Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 di Sepang. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas dakwaan dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kononnya Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai akuan bersumpah (SD) mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak mahu melayan dakwaan dibuat Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu, sebaliknya memberi fokus utama membangunkan negara.

“Tak apa lah, apa dia (Muhammad Sanusi) nak cakap lagi. Tak perlu komen, saya kerja (fokus kerja).

“Kalau ada kes dan isu besar saya akan jawab,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan sempena Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa PN sudah mempunyai jumlahSD yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak memaklumkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh sebaliknya menunggu hari untuk ambil alih kerajaan.

Media sebelum ini melaporkan, Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 ahli Parlimen daripada PN untuk datang menghadap baginda bersama SD masing-masing.

Kenyataan bertarikh 6 Januari itu didakwa dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti ditularkan di media sosial juga adalah palsu.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menegaskan bahawa ‘Langkah Dubai’ tidak akan memberikan kesan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya