Pizza tarik mudah buat - Utusan Malaysia

Pizza tarik mudah buat

PUTRAJAYA, 28 SEPTEMBER 2023 - An-Nur Pizza telah membuka gerai kecil selama tiga hari yang diadakan di Dataran Putrajaya bersempena Festival Budaya Putrajaya 2023. UTUSAN/AMIN AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IBU-ibu jangan risau kalau anak bongsu tiba-tiba merengek ingin makan pizza. Kalau diangkut semua anak ke kedai, risau juga kos belanja nanti. Silap-silap poket sudah menipis, lebih-lebih lagi belum hari gaji. 

Usah bimbang, SERI kali ini ingin mengajak suri rumah atau ibu-ibu menyediakan pizza ringkas tetapi sedap macam kedai. Topping pun boleh letak mengikut selera dan cita rasa.  

Boleh adun roti sendiri kalau rajin singsing lengan di dapur atau beli sahaja di kedai serbaneka bagi menjimatkan masa penyediaan pizza ini. Pilihan jenama roti Gardenia pun menarik untuk dicuba.  

Beroperasi sejak 2019, An-Nur Pizza yang mula ditubuhkan di Johor Bahru tidak lokek berkongsi resepi pembuatan Pizza bersama pembaca. 

Pizza berasaskan topping makanan segera menjadi pilihan perkongsian kali ini. Selamat mencuba.  

BAHAN DOH 

*1/2 cawan air suam 

*1 sudu makan yis 

*1 sudu teh gula 

*2 cawan tepung gandum 

*1/2 sudu teh garam 

*1/2 sudu teh pelembut roti 

*2 sudu makan minyak sayuran 

BAHAN PERENCAH  

*Sos lada hitam 

*Sos tomato 

*Satu tin tuna   

*100 gram keju mozarella yang disagat 

*Segenggam crabstick 

*Segenggam nenas dipotong kecil 

CARA PENYEDIAAN 

1.Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan sehingga berbuih (antara 11-14 minit).

2.Di dalam bekas lain, gaul tepung bersama garam dan pelembut roti.

3.Masukkan minyak dan campuran yis tadi. Uli sehingga menjadi doh.

4.Sapukan bekas besar dengan minyak dan perap doh antara 55 minit atau sehingga doh naik dua kali ganda.

5.Bahagikan doh kepada kepada dua bahagian. Canai doh menjadi leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai.

6.Sapukan sos lada hitam atas permukaan roti. Taburkan kesemua bahan atas doh mengikut citarasa.

7.Taburkan keju sebelum pizza dibakar dalam ketuhar gelombang mikro atau oven. Bakar dalam 10 minit dan pizza siap dihidangkan.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya