PIX jadikan Pulau Pinang pemain utama landskap digital serantau - Utusan Malaysia

PIX jadikan Pulau Pinang pemain utama landskap digital serantau

GOBIND Singh Deo (lima dari kiri) dan Chow Kon Yeow (empat dari kiri) pada majlis perasmian PIX di George Town, Pulau Pinang, hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pelancaran platform Penang Internet Exchange (PIX) oleh pengendali Internet, DE-CIX Malaysia mampu menjadikan Pulau Pinang sebagai pemain utama landskap digital serantau.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, lokalisasi trafik internet yang strategik dijangka akan menarik pelaburan serta merangsang pertumbuhan teknologi sekali gus memupuk persekitaran kondusif untuk kemajuan inovasi.

Ujar beliau, langkah itu juga sejajar dengan agenda nasional yang bukan sahaja berhasrat untuk meningkatkan aspek kesalinghubungan, tetapi juga menjadikan negara sebagai peneraju dalam revolusi digital.

“Ini bukan hanya tentang mengurangkan kependaman (lengah masa) rangkaian, malah ia adalah tentang mencipta ekosistem digital tempatan bagi memudahkan penggunaan teknologi terkini.

“Dalam hal ini, kita tidak hanya menyambut peranan PIX sebagai pusat pertukaran data tetapi juga mengakui implikasinya yang lebih luas untuk negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PIX di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Dalam pada itu, Gobind turut memuji usaha DE-CIX Malaysia dalam menghubungkan ketersambungan serantau di luar Pulau Pinang menerusi rancangan membangunkan IX di sempadan Malaysia dan Thailand yang dijangka bermula tahun ini.

Ujar beliau, inisiatif itu berupaya mengukuhkan kedudukan negara sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem digital serantau secara lebih meluas.

“Kerajaan komited memajukan penyambungan digital di seluruh negara dengan inisiatif seperti Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) menunjukkan kesungguhan dalam membina infrastruktur digital yang kukuh untuk perniagaan dan rakyat di seluruh negara.

“Secara lebih dekat, inisiatif seperti sistem pengenalan diri dalam talian atau MyDigital ID dan Pangkalan Data Utama (PADU) yang baru dilancarkan juga merupakan satu daripada komponen utama yang dilihat sebagai pemangkin dalam menjalani usaha Malaysia sebagai kerajaan digital,” katanya.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, beliau yakin Penang IX bukan sahaja mampu mengatasi kelewatan internet, malah berpotensi membuka lebih banyak peluang pekerjaan selain menarik pelaburan terutama dalam sektor teknologi dan perniagaan global di negeri itu.

“Sebelum ini trafik data dari Pulau Pinang dan Wilayah Utara perlu melalui IX melalui Kuaala Lumpur dan Singapura.

“Menerusi penubuhan PIX, semua data di wilayah Utara akan disalurkan melalui PIX yang dapat memendekkan masa, jadi masalah lengah masa (latency) dapat diperbaiki,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya