Petisyen minta DJ Lin diberhentikan? - Utusan Malaysia

Petisyen minta DJ Lin diberhentikan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kami percaya bahawa DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan.”

Demikian keterangan satu petisyen yang diwujudkan untuk mendesak penyampai radio, DJ Lin meletakkan jawatan sekali gus menghentikan siaran segmen kendaliannya, Suria Cinta.

Petisyen yang dimulakan menggunakan nama Mohd Faizal Legacy turut menyertakan kegagalan DJ Lin sebagai Pengurus Besar Suria FM dan sudah tidak relevan sebagai seorang penyampai radio.

“Menurut data terkini, ada penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen ini (Sumber: Laporan Penyiaran Malaysia).

“Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya.

“Sila tandatangan petisi ini jika anda setuju dengan pendapat kami,” ujarnya.

Setakat ini, petisyen tersebut telah mengumpulkan 66 tandatangan daripada sasaran asal, 100.

Petisyen tersebut dipercayai diwujudkan selepas kontroversi penamatan kontrak penyampai radio, Tyzo pada 12 Januari lalu.

Dakwa Tyzo, penamatan kontrak tersebut bukan permintaan atau keputusannya.

Namun, timbul pula dakwaan mengaitkan DJ Lin sehingga ramai yang meninggalkan kecaman menyalahkan penyampai radio itu di atas penamatan kontrak Tyzo.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya