Perunding syarikat didakwa tipu RM3.3j

Perunding syarikat didakwa tipu RM3.3j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang perunding syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki berkaitan urusan mendapatkan lesen pelaburan melibatkan kerugian wang RM3.3 juta, dua tahun lalu.

Johnathan Wong Futt Po, 40, didakwa menipu lelaki berumur 45 tahun itu dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia akan melaksanakan urusan mendapatkan lesen pelaburan walhal tertuduh tidak mempunyai kapasiti menguruskannya.

Ia mendorong mang­sa membuat pindahan wang berjumlah ASDT 789,014 bersamaan RM3,316,431.40 yang dimasukkan ke dalam kripto e-wallet milik tertuduh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN