Pelakon Wan Hanafi Su cadang rombakan pelajaran sejarah

Pelakon Wan Hanafi Su cadang rombak pelajaran sejarah

WAN Hanafi Su pada Tayangan Perdana filem terbitan Studio Kembara yang berjudul Pendekar Awang Darah Indera Gajah dan sidang media yang diadakan di GSC IOI City Mall, Putrajaya hari ini. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Wan Hanafi Su, mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar merombak semula mata pelajaran sejarah yang diajar di sekolah rendah dan menengah di negara ini.

Kata pelakon berusia 74 tahun itu, tindakan itu penting agar generasi muda tidak terus diajar sejarah yang ditulis golongan orientalis yang diada-adakan untuk kepentingan penjajah.

“Sejarah kita yang ditulis golongan orientalis banyak yang tak betul. Mereka (penjajah) paksa kita percaya sejarah yang mereka tulis untuk kepentingan mereka. Itulah kerja penjajah yang membawa kesan sampai ke hari ini.

“Sudah masanya Kementerian Pendidikan fikirkan sama ada perlukah ajar sejarah yang bukan milik kita kepada generasi sekarang dan akan datang?

“Kita nak generasi kita kenang sejarah, perjuangan pahlawan dahulu. Bukan untuk bernostalgia, tetapi sebagai persiapan di masa akan datang,” tegasnya.

Wan Hanafi berkata demikian sewaktu sidang media filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, baru-baru ini.

Pelakon berpengalaman itu membawa peranan sebagai Tok Gajah dalam filem tersebut.

Katanya lagi, beliau menyambut baik dan meraikan usaha Kembara Studio yang mengangkat kisah pahlawan tanah air sebagai sajian dalam filem yang mereka hasilkan.

“Sebenarnya tak ramai penerbit yang meletakkan hasrat lebih dari keuntungan kalau membuat filem.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan usaha yang digerakkan Kembara Studio dalam mengangkat sejarah sebenar kita,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya