Pergi kerja sarung jersi Malaysia tanda sokongan peminat

Pergi kerja sarung jersi Malaysia tanda sokongan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehangatan kejohanan bola sepak Piala Asia 2023 Qatar menjadi bualan ramai warga net untuk memakai jersi Malaysia esok di tempat kerja sebagai tanda sokongan.

Malaysia dijadualkan menentang Jordan pada perlawanan pertama seawal jam 1.30 pagi waktu tempatan sebelum berdepan Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).

Ia menjadi bualan hangat susulan penampilan Harimau Malaya yang terkini selepas kali terakhir bersaing dalam kejohanan itu adalah pada 2007.

Meninjau ke laman media sosial tempatan, ramai netizen teruja untuk menyarung jersi Malaysia esok sebagai tanda sokongan mereka untuk pasukan kebangsaan.

“Kempen pakai jersi Malaysia sepanjang Harimau Malaya di Qatar. Tunjukkan semangat kita pada pasukan Malaysia,” ciapan @kemmalarif di X (Twitter).

“Esok jangan lupa pakai jersi Harimau Malaya pergi kerja,” ciapan @AkeemSharyzal.

“Pakai jersi waktu hari perlawanan menambahkan lagi ‘adrenaline’ sebagai penyokong Harimau Malaya,” ciapan @twtfkrl.

Bukan sahaja warga net yang menyokong kempen ini malah dilihat beberapa syarikat swasta membenarkan pekerja mereka memakai jersi Malaysia esok di tempat kerja iaitu Bank Muamalat.

Langkah tersebut mendapat pujian daripada peminat bola sepak tempatan untuk memupuk semangat patriotik kerana sudah lama skuad negara tidak layak ke Piala Asia secara merit.

Malah, ada juga yang mencadangkan agar syarikat lain dan kerajaan negeri mencontohi usaha Bank Muamalat mengadakan kempen memakai jersi Harimau Malaya ketika hari perlawanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya