Kes Ngeh Koo Ham: Perbuatan profesional atau orang biasa?

Kebakaran rumah Ngeh Koo Ham: Perbuatan profesional atau orang biasa?

MOHD SHUHAILY MOHD. ZAIN ketika sidang akhbar khas bersama Menteri Dalam Negeri di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis sudah mengambil semua bukti dari lokasi membabitkan kejadian membakar rumah Datuk Ngeh Koo Ham awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, bahan bukti itu diambil dan dihantar kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut.

“Buat masa ini pihak bomba pun berada di tempat kejadian untuk menentukan elemen atau pun bahan di dalam botol itu.

“Pihak kami juga telah mengambil bahan bukti itu untuk dihantar kepada pihak forensik, jadi selagi kita tak dapat elemen atau bahan tersebut kita tak boleh beritahu sama ada ia perbuatan profesional atau pun orang biasa,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Awal pagi tadi, kediaman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung, Perak itu diserang menggunakan bahan letupan, ‘molotov cocktail’.

Dalam kejadian itu, kejadian itu menyebabkan kebakaran yang turut memusnahkan tiga kenderaan miliknya termasuk Mercedes E300, Honda CRV dan Toyota Hilux. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya