Peratusan keluar mengundi PMPP Unimas capai 71. 8 peratus

Peratusan keluar mengundi PMPP Unimas capai 71. 8 peratus

PELAJAR Unimas membuang undi pada PMPP sesi 2023/2024 baru-baru ini,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Peratusan pelajar yang keluar mengundi bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada sesi 2023/2024 mencatat rekod tinggi iaitu sebanyak 71. 8 peratus berbanding sesi lepas hanya 38 peratus.

Kenyataan oleh Pusat Khidmat Pelajar Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Unimas menyebut, sebanyak lima kerusi umum dan empat kerusi fakulti yang dipertandingkan selepas penamaan calon ditutup pada 8 Januari lalu

“Sebanyak enam kerusi fakulti menang tanpa bertanding dan satu kerusi fakulti tiada pencalonan.

“Peratusan keseluruhan pelajar turun mengundi ialah sebanyak 71.8 peratus bersamaan dengan 10,682 orang pelajar, “ katanya.

Kenyataan itu juga menyebut, Unimas   peningkatan tersebut  merupakan hasil kejayaan universiti berkenaan mendidik  dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan melaksanakan kewajiban sebagai pengundi dalam sistem demokrasi.

Didikan itu berhasil menerusi  Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Unimas sesi 2023/2024 16 Januari lalu. 

Pusat khidmat pelajar universiti berkenaan mendedahkan,  strategi yang digunakan pada sesi pengundian ini iaitu, bekerjasama dengan Jawatankuasa Perwakilan Fakulti (JPF), menggunakan peranti peribadi sebagai medium untuk mengundi dan penggunaan media sosial yang luas di laman rasmi Jawatankuasa PMPP.

“JPF memainkan peranan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar untuk turun mengundi di fakulti masing-masing.

“Melalui proses ini, pelajar mendapat kesedaran kepentingan untuk keluar mengundi dan memilih Majlis Perwakilan Pelajar yang akan mewakili suara mahasiswa Unimas selaras dengan agenda UNDI 18 di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya