Penyanyi lagu Senandung Anak Melaka kekal jual sate

Penyanyi lagu Senandung Anak Melaka kekal jual sate

YASSER FIKRI Abu sedang mengipas sate yang diusahakan di Taman Nirwana, Batang Tiga, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penyanyi lagu Senandung Anak Melaka yang menjadi tema Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, Yasser Fikri Abu, 34, atau lebih dikenali sebagai Yasser Atak tidak akan meninggalkan kerjayanya selaku penjual sate.

Kata Yasser, meskipun sudah bergelar anak seni kerana sering membuat kemunculan dalam program-program kerajaan negeri sempena TMM 2024, dia nekad meneruskan perniagaan yang diusahakan lebih 10 tahun lalu.

Dia yang kini berniaga di Taman Nirwana, Batang Tiga di sini berkata, aktiviti menyanyi hanyalah sumber pendapatan sampingan dan tidak berhasrat menjadikannya sebagai punca utama menyara isteri dan tiga anak.

“Saya berjinak-jinak berniaga sate sejak zaman sekolah. Perniagaan sate diusahakan emak saya sejak lebih 30 tahun. Memang saya meminati bidang nyanyian sejak sekian lama dan pada masa sama, perniagaan sate adalah sumber rezeki utama saya.

“Alhamdulillah lagu Senandung Anak Melaka dipilih menjadi lagu tema TMM 2024. Ini rezeki tambahan saya dan tidak menyangka lagu yang dirakamkan pada 2021 menjadi perhatian ramai,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Yasser, Senandung Anak Melaka dicipta oleh Fauzi Mohamad manakala lirik ditulis Siso Kopratasa dan dirakam di bawah Luncai Emas pada 2021.

Ujarnya, usai rakaman, lagu itu tidak mendapat perhatian masyarakat termasuk rakyat negeri ini meskipun telah dimuat naik di beberapa platform dalam talian.

“Saya perasan lagu itu hanya digunakan oleh beberapa penarik beca di Banda Hilir kerana melodi dan liriknya mencuri perhatian untuk dipasang ketika mereka membawa pelancong. Syukur selepas tiga tahun, ia makin mendapat tempat ramai anak-anak kecil pandai nyanyi lagu ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya