Penunggang motosikal maut bergesel dengan treler - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut bergesel dengan treler

KEADAAN motosikal dan mayat Ishak Abd. Rahman setelah motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler di Kuala Nerus, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya disyaki bergesel dengan sebuah treler di Jambatan Sultan Mahmud dekat susur keluar ke Kampung Seberang Takir di sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 12 tengah hari, Ishak Abd. Rahman, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Jambatan Sultan Mahmud menuju ke Kampung Bukit Tumbuh.

Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian mangsa yang ketika itu menunggang motosikal jenis Yamaha MT25 kemudian masuk ke selekoh kanan menuju ke Kampung Bukit Tumbuh.

“Siasatan awal mendapati sebuah lori treler tanpa muatan juga dari arah sama turut masuk ke selekoh kanan itu menyebabkan berlaku pergeseran dengan motosikal mangsa.

“Mangsa yang tidak sempat mengelak terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang datang.

“Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Jabatan Perubata Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut,” jelas beliau.

Beliau berkata, pemandu lori treler yang merupakan lelaki berusia 76 tahun terselamat dan tidak mengalami kecedaraan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya