Penumpang berang, pemandu bas enggan buka pintu

Penumpang berang, pemandu bas ‘enggan’ buka pintu

TANGKAP layar video perbalahan antara pemandu dan penumpang bas yang tular dalam aplikasi X.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penumpang wanita bas awam dikecam kerana tindakannya memarahi pemandu bas yang dikatakan enggan membuka pintu ketika hendak menaikinya.

Berdasarkan perkongsian video yang tular di aplikasi X itu, dapat dilihat wanita berkenaan berdiri di sebelah tempat duduk pemandu sebelum memarahi pemandu bas tersebut.

Menerusi video berdurasi 43 saat itu, wanita tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu yang enggan membuka pintu bas bagi mengikut ketetapan masa.

Walaupun sudah diberikan penjelasan secara baik oleh pemandu bas yang juga wanita berusia, penumpang berkenaan tetap meninggi suara dan berterusan memarahi pemandu berkenaan.

Penumpang berkenaan juga mengugut untuk melaporkan pemandu itu ke pihak atasan dengan meminta talian khidmat pelanggan.

Dalam pada itu, warganet yang berang dengan sikap biadab penumpang wanita tersebut turut meninggalkan komen.

“Kesian mak cik kena layan budak tantrum berwajah dewasa,” komen @khairulamirin7.

“Eceh cakap Inggeris konon terpaling hebat. Kurang ajar kau dengan makcik tu. telefon khidmat pelanggan untuk apa? Pecat dia? Orang itu cari rezeki tau,” tulis @HrsAsl.

Sementara itu, ada juga yang menyokong tindakan pemandu bas berkenaan dengan meninggalkan pengalaman mereka di ruangan komen.

“Nampak sangat terpaling betul dalam semua hal. Bas memang ada jadual. Rapid ada peraturan, pekerja kalau tak ikut, boleh kena tindakan,” kongsi @y4aa_Kh.

“Sepuluh tahun lepas saya naik bas Rapid pun sama kak. Dia tidak akan buka pintu selagi belum waktu bergerak,” tulis @situsanasini777. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya