Penjawat awam kemuka tuntutan palsu Jualan Rahmah ditahan SPRM

Penjawat awam kemuka tuntutan palsu Jualan Rahmah ditahan SPRM

SUSPEK wanita diiringi Pegawai SPRM ketika dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang wanita yang merupakan penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menggunakan dokumen invois bagi tujuan tuntutan palsu pembayaran Program Jualan Rahmah.

Suspek wanita berusia 30-an itu dipercayai berperanan sebagai perancang utama bagi membuat tuntutan berjumlah kira-kira RM22,000 melibatkan program berkenaan pada tahun lalu.

Sumber memaklumkan, wanita itu berpakat dengan pemilik syarikat untuk menggunakan invois yang mengandungi butir matan palsu di mana kuantiti jualan melebihi kuantiti sebenar yang terjual. 

“Perkara ini dikesan setelah pemeriksaan mendapati invois yang dikemukakan tidak sama dengan Laporan Ringkas Program Jualan Rahmah 2023 yang dikeluarkan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah,” katanya.

Tambah sumber itu, SPRM menahan suspek kira-kira pukul 9 malam, semalam ketika dia hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Wanita itu kini direman selama lima hari hingga Jumaat ini setelah perintah teman dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi ini. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Soock Wee Ei Tem ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya