Peniaga Uptown Pahlawan Walk berpindah ke lokasi baharu

Peniaga Uptown Pahlawan Walk berpindah ke lokasi baharu

SHADAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kira-kira 120 peniaga di Uptown Pahlawan Walk, Banda Hilir di sini akan berpindah ke lokasi baharu bermula hari ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, kesemua peniaga terlibat akan berniaga dari hadapan Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hingga ke premis makanan segera McDonald’s Dataran Pahlawan.

Menurutnya, para peniaga telah bersetuju meninggalkan lokasi lama di Plaza Mahkota dan berniaga di lokasi baharu setiap Jumaat hingga Ahad iaitu sepanjang pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan.

“Penganjur telah berjumpa dengan saya meminta mereka ditempatkan ke lokasi baharu dan bukan lagi di Plaza Mahkota yang sejak bertahun lama mereka bertapak di sana. Mereka merayu berpindah ke lokasi baharu ekoran berlaku pergaduhan antara pemilik bangunan di Plaza Mahkota dengan peniaga di Uptown Pahlawan Walk baru-baru ini.

“Jadi MBMB telah mencadangkan lokasi baharu, peniaga mula berniaga dari Muzium TLDM hingga lepas Menara Taming Sari dan mereka telah bersetuju,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Shadan, penganjur telah dinasihatkan untuk menggunakan khemah yang kukuh, menarik perhatian serta seragam bagi menarik kunjungan pelancong.

Ujarnya, MBMB juga menyediakan tandas bergerak di situ menakala pasukan penguatkuasaan ditempatkan bagi mengawal keadaan.

“Kita membenarkan peniaga berniaga secara berdepan dan selepas berniaga, mereka tidak boleh meninggalkan khemah di tepi jalan. Ini sama seperti mereka berniaga di Uptown Pahlawan Walk sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya