Pengguna kena bijak menilai, jangan percaya bulat-bulat - Wawa Zainal - Utusan Malaysia

Pengguna kena bijak menilai, jangan percaya bulat-bulat – Wawa Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi pelakon dan selebriti media sosial terkemuka tanah air, Wawa Zainal, dia yang juga menggalas tanggungjawab sebagai seorang usahawan mengakui bimbang dengan situasi seperti ini. 

Meskipun bukan mangsa, kata Wawa, perkara itu bagaimanapun tidak mustahil boleh terjadi kepada dirinya memandangkan dia juga ada menjalankan perniagaan bersama suaminya, Aeril Zafriel. 

“Setakat ini saya tak berdepan lagi dengan isu seperti ini. Tetapi itu tidak bermakna saya boleh menarik nafas lega dan menganggap tak akan ada pihak yang nak guna wajah dan suara saya menerusi teknik AI.

“Tiada jaminan yang kita tak akan terkena dan ia juga boleh berlaku kepada sesiapa. Cuma lagi golongan artis ini lebih mudah jadi sasaran kerana dianggap figura awam dan wajah memang sering terpapar di mana-mana. 

“Saya bimbang lebih ramai akan tertipu sebab apa yang saya dengar, ada antara produk itu memang tak pernah dijual pun oleh artis yang dikatakan,” katanya. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia lagi, kata Wawa, dia yakin pengguna dan masyarakat perlu turut cakna dalam hal ini bagi mengelak diri daripada terpedaya sekali gus menanggung kerugian. 

“Sebagai pengguna, saya nasihatkan kena lebih bijak menilai dan jangan percaya bulat-bulat. Sebelum terpedaya dan membeli, periksa dulu kesahihan iklan atau produk yang dijual di laman sosial itu.

“Saya khuatir jika kempen kesedaran dilakukan pun ia tak sampai kepada pengguna secara menyeluruh. Ada yang tak tahu sebab tak tengok sangat media sosial dan sebagainya. 

“Jadi benda ini seakan sukar dikawal. Agak mencabar sebenarnya nak tangani isu ini sebab ia di luar bidang kuasa kita,” katanya. 

Dari sudut pandangnya, kata Wawa, dia menggesa mana-mana pengguna yang mahu membeli sesuatu produk yang mengguna pakai wajahnya termasuk rangkaian produk di bawah jenamanya, perlu mendapatkannya menerusi saluran yang betul. 

“Adakala tak guna teknologi AI pun ada artis yang berniaga berdepan dengan produk tiruan. Jadi, kalau nak beli, pastikan beli dengan sumber dan saluran yang betul bagi mengelak diri tertipu,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya