Pengawal keselamatan meninggal dunia ketika bertugas

Pengawal keselamatan meninggal dunia ketika bertugas

PASUKAN paramedik daripada hospital tiba di lokasi kejadian mangsa bertugas dan disahkan meninggal dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Seorang pengawal keselamatan berusia 55 tahun, rebah dan meninggal dunia ketika bertugas di perpustakaan awam di Jalan Mantis di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kejadian berlaku selepas mangsa mengadu sesak nafas ketika bertugas.

“Mangsa telah mengadu sesak nafas kepada orang awam awal pagi tadi kira-kira jam 7.05 pagi tadi.

“Bertindak daripada panggilan kecemasan yang dilakukan orang awam, pasukan dari Angkatan Pertahanan Awam bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sejurus pasukan paramedik dari hospital tiba di kejadian.

“Walaupun usaha paramedik dari hospital yang turut tiba segera, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes diklasifikasikan mati mengejut. Mangsa dikenali sebagai Raymond Bungkong, 55 tahun,” tambahnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya