Penganjur piket solidariti untuk Palestin dipanggil minggu ini

Penganjur piket solidariti untuk Palestin dipanggil minggu ini

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan memanggil penganjur piket solidariti untuk Palestin, ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, minggu ini untuk diambil keterangan. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, ia susulan penganjuran piket itu dilakukan tanpa permit.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. Kita sedang uruskan untuk  memanggil pihak penganjur dalam minggu ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Piket itu adalah inisiatif warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza yang telah mengorbankan 20,424 rakyat Palestin setakat 24 Disember lalu, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.

Piket anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) bermula 26 Disember hingga Ahad lalu membabitkan 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Solidariti di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat itu adalah sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya