JOHOR BAHRU: Penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman rejim Zionis terus mendapat simpati banyak pihak.di negara ini.
Terbaharu, lebih 100 penduduk menyertai Himpunan Solidariti Untukmu Palestin di Taman Seroja, Tampoi, di sini, hari ini.
Yang turut hadir pada program itu ialah Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang turut menzahirkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, khususnya penduduk Gaza yang terkesan akibat peperangan tersebut.
Para penduduk yang hadir memegang sepanduk dan poster sebagai tanda solidariti mereka menentang kekejaman tentera Zionis terhadap penduduk Gaza.
Turut diadakan sempena perhimpunan itu adalah Seroja Fest yang membuka kaunter pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) dan Tabung Haji selain jualan gerai makanan. – UTUSAN