Penduduk Kuala Besut penat hadapi gangguan bekalan air

Penduduk penat hadapi gangguan bekalan air

NURUL Syidah Mat Yasin menyimpan bekalan air yang diagihkan oleh SATU dan NGO di kediamannya di Taman Koperat Putera, Bukit Keluang, Besut, semalam. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Segelintir penduduk di sekitar Kuala Besut di sini diakui sudah penat hadapi masalah bekalan air susulan kebocoran paip di dasar sungai di Besut sejak 1 Januari lalu.

Nurul Syidah Mat Yasin, 38, dari Taman Koperat Putera, Bukit Keluang, berkata, dia dan keluarga berada dalam keadaan tertekan apabila aktiviti harian mereka terjejas sejak bekalan air terputus kira-kira dua ming­gu lalu.

Menurutnya, dia yang mempunyai seramai tujuh anak yang masih kecil memerlukan bekalan air agak yang banyak untuk kegunaan harian.

Sehubungan itu, katanya, keluarganya terpaksa mencatu air yang digunakan supaya bekalan air simpanan sentiasa mencukupi.

“Saya dan suami terpaksa berulang alik mengangkut air dari tangki statik yang diletakkan di kawasan perumahan ini di samping menyediakan tong di hadapan rumah bagi memudahkan kerja-kerja pengisian dilakukan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada 1 Januari lalu, satu memaklumkan gangguan bekalan air itu berlaku berpunca daripada kebocoran paip di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu, dekat sini, melibatkan 11 kampung di daerah ini.

Kebocoran yang melibatkan paip bersaiz 600 milimeter (mm) itu telah mengakibatkan seramai 2,670 akaun pengguna menghadapi gangguan bekalan air sehingga 21 Januari nanti. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya