RANTAU PANJANG: Seorang warga emas dari Kampung Banggol Perol, To’ Deh di sini mengakui sudah penat untuk berdepan banjir gelombang keempat selepas kawasan rumahnya ditenggelami air sedalam 0.4 meter. Bercakap kepada Utusan Malaysia. Mek Yam Ahmad, 80, berkata, jika hujan berterusan berkemungkinan besar terpaksa ke pusat pemindahan sementara (PPS) untuk berlindung. “Jika berlaku, ini kali keempat saya ke PPS. Penatnya belum hilang lagi, rumah yang ditenggelami banjir sebelum ini belum dikemas sepenuhnya. “Baru tiga minggu pulang ke rumah, banjir datang lagi,” katanya ketika ditemui semalam. Mek Yam memberitahu, dia berharap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya