Pemuda langgan pelacur didenda RM1,000 buat laporan polis palsu

Pemuda langgan pelacur didenda RM1,000 buat laporan polis palsu

MUHAMMAD Arif Muhainin Anuar didenda RM1,000 kerana membuat laporan polis palsu ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Mahkamah Majistret, di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM1,000 ke atas seorang lelaki selepas mengaku salah membuat laporan polis palsu, pada awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Arif Muhainin Anuar, 21, yang juga graduan kulinari sebuah universiti membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd. Noor.

Mengikut fakta kes, dia membuat laporan mendakwa didatangi oleh tiga lelaki bersenjatakan buku lima di sebuah pasar raya sebelum memperdayakannya untuk membuat bayaran letak kereta berjumlah RM150.

Tertuduh didapati membuat laporan palsu berkenaan di Balai Polis Kota Setar pada pukul 3.50 pagi, 6 Januari lalu.

Namun siasatan polis mendapati dia membuat laporan palsu berkenaan bagi menyembunyikan hal sebenar daripada ibu bapanya setelah membayar sebanyak RM270 kepada seorang individu untuk melanggan perempuan melalui satu aplikasi dalam talian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang diwakili peguam Saidina Khatijah Zaharah Khairulnisak Mohd. Noor membayar denda tersebut.

Sementara itu di mahkamah sama, empat individu lain turut didenda antara RM1,000 hingga RM1,200 setelah masing-masing mengaku bersalah juga atas kesalahan membuat laporan polis palsu.

Seorang pekerja kedai makan, Kalson Soon Yi Yun, 24, didenda RM1,200 setelah mengaku bersalah membuat laporan palsu di balai polis sama pada pukul 4.28 petang, 10 Januari lepas.

Tertuduh membuat laporan palsu mendakwa disamun oleh dua lelaki tidak dikenali sebelum siasatan polis mendapati dia berbuat demikian bagi mengelak dimarahi ibunya setelah menggunakan wang hasil jualan kedai makan untuk bermain judi dalam talian.

Dalam pada itu, tiga individu lain iaitu Muhamad Haikal Ikhwan Roslan Apandi, 19; Nor Fazlini Ahmad, 40, dan Kelvin Goh, 23, turut didenda setelah mengaku membuat laporan palsu masing-masing di balai polis sama. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya