Pemansuhan pencen penjawat awam terlalu mendadak - Shahidan - Utusan Malaysia

Pemansuhan pencen penjawat awam terlalu mendadak – Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Langkah kerajaan bagi memansuhkan skim saraan dan digantikan dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disifatkan sebagai tindakan terlalu mendadak.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerajaan tidak mengeluarkan pemakluman awal berhubung pelaksanaan itu yang mengejutkan ramai pihak khusususnya penjawat awam.

Katanya. pelaksanaan tersebut bakal memberi kesan besar buat penjawat awam Bumiputera yang dibimbangi terjejas dengan tindakan tersebut.

“Jika tengok dalam sesebuah jabatan atau agensi kerajaan, kebanyakan jawatan rendah seperti kerani dan sebagainya ini adalah diisi golongan Bumiputera dan mereka inilah yang akan terjejas teruk jika pencen dimansuhkan.

“Pelaksanaan oleh kerajaan ini terlalu mendadak dan kalau boleh berilah peluang buat penjawat awam ini untuk lanjutan tempoh selama lima tahun ke depan sebelum pelaksanaanya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan untuk memansuhkan skim persaraan dan digantikan dengan caruman KWSP.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi KWSP.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat juga mencadangkan kerajaan mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli-ahli politik membabitkan wakil rakyat sekiranya negara berdepan kekangan kewangan sehingga terpaksa menyekat skim saraan perkhidmatan awam.

Utusan Malaysia sebelum ini juga melaporkan kerajaan membelanjakan sehingga  RM2 bilion setahun untuk membayar pencen bekas ahli parlimen dan bekas anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, kerajaan seharusnya mencontohi negara Eropah yang menjaga kebajikan penjawat awam mereka dengan menubuhkan tabung pencen buat golongan berkenaan.

“Di negara kita, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mungkin boleh membantu kerajaan bagi membela nasib penjawat awam yang dikhuatiri terjejas jika pencen dimansuhkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN