Pemandu lori maut terbabas turun bukit

Pemandu lori maut terbabas turun bukit

KEADAAN lori mangsa yang terbabas di Jalan Meru Tambahan, Meru, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki maut apabila lori muatan tanah dipandunya terbabas memasuki parit selepas menuruni bukit di persimpangan lampu isyarat di Jalan Meru Tambahan, Meru di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu mengakibatkan mangsa berusia 29 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera pada kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan memandu Nissan Rigid dari arah Shah Alam.

“Setibanya di lokasi, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas menuruni bukit di laluan tersebut. Lori itu kemudiannya terbabas dan memasuki parit di bahu jalan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pemandu itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dihantar ke hospital berdekatan bagi bedah siasat.

“Proses bedah siasat akan dijalankan selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Tambah Vijaya Rao, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Surihan Samsudin di 013-2082327 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya