Pemandu cedera kereta terbabas langgar paip air  - Utusan Malaysia

Pemandu cedera kereta terbabas langgar paip air 

SEORANG lelaki cedera apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar paip air PBAPP di Jalan Pajak Song, Kepala Batas, Pulau Pinang tengah hari tadi. - Pix: MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Seorang lelaki cedera apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar paip air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di Jalan Pajak Song di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.35 tengah hari.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia 27 tahun itu memandu kereta jenis Perodua Kelisa menuju ke Masjid Pajak Song dari lampu isyarat Permatang Sireh.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum melanggar pagar serta paip milik PBAPP.

“Pemandu yang mengalami luka di tangan dan badan telah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga kini lelaki terbabit belum tampil membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN166/1959 Kaedah Kaedah Lalulintas Jalan 1959,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya