Pelakon wanita muda ‘rajin’ bermuka-muka - Utusan Malaysia

Pelakon wanita muda ‘rajin’ bermuka-muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAK sangka juga Cik Bunga apabila dengar ramai rakan artis mengadu mengenai perangai seorang pelakon wanita muda ini. Sedikit bayangan yang Cik Bunga boleh berikan, dia pernah menjuarai sebuah pertandingan pencarian bakat sebelum ini. 

Tahun berapa, awak orang carilah sendiri. Kononnya, si artis ini walaupun berlakon tak adalah ke mana sangat, tetapi awal-awal dah bersikap diva. Nak diva bagi Cik Bunga, tak ada masalah pun. Yang jadi masalah adalah apabila awak sibuk nak ganggu orang lain, buruk-burukkan orang lain. 

Ada yang mengadu pada Cik Bunga, pelakon wanita ini memang suka bermuka-muka. Kalau berpeluang bekerjasama dengan rakan artis lain di set penggambaran, orang itu mesti jadi bahan untuk dia mengata kepada orang lain. 

Bukan itu saja, dia juga kononnya suka berpesan dengan artis-artis lain supaya jangan percaya sangat dengan wartawan. 

Katanya kerana wartawan ini suka tulis yang bukan-bukan. Amboi… bukan main lagi ya S… Dia lupa agaknya, dia mula nak naik dulu pun sebab rakan-rakan media jugalah yang bantu tulis mengenai dirinya. 

Kalau menang pertandingan sekali pun, tetapi jika tidak dibantu dengan publisiti media, dia ingat penerbit, pengarah atau orang industri seni ini kenal ke dirinya? 

Cakap jangan main lepas saja dik. Ingat balik sejarah diri itu. Malaslah Cik Bunga nak ungkitkan, harap pelakon ini sedar diri. Tak cukup dengan itu, ada yang kata pelakon wanita ini juga suka mengambil kesempatan dengan mana-mana lelaki yang baik atau cuba rapat dengannya. 

Paling ketara, jadikan mereka sebagai ‘driver’ supaya memudahkan dirinya pergi ke mana-mana. Wah! Memang awak cantik sangat dik. ‘Perangai’ pun terpaling cantik. 

Apa yang Cik Bunga kesalkan, ramai saja orang tak tahu perangai sebenarnya begitu. Maklumlah, wajah pun ala-ala wanita naif. Agaknya sebab itulah orang mudah terpedaya. Apalah nak jadi dengan awak ini ya…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya