Pantang juga kita ini bila dengar manusia berkelakuan biadab. Hal ini membabitkan seorang pelakon lelaki yang agak terkenal jugalah dan sudah berkahwin.
Nak dijadikan cerita, ada yang datang mengadu pada Cik Bunga. Katanya, pelakon ini buat perangai masa terlibat dalam satu penggambaran untuk mempromosikan sebuah drama.
Kalau iya pun ada masalah peribadi atau nak kata penat sangat sebab rezeki ‘job’ tak berhenti kebelakangan ini, janganlah sampai kru pun awak nampak macam pekerja asing.
Cik Bunga difahamkan, penggambaran itu sudahlah dibuat di lokasi luar daerah, semua pelakon lain dah turun padang dalam mode standby. Namun nak dijadikan cerita, dia boleh tak datang pada hari kejadian.
Orang putih kata ‘Missing in Action’. Dalam bahasa Melayu, ghaib lah kot ya? Hahah.. Macam masuk alam bunian pula. Disebabkan dia ‘ghaib’ pada tarikh yang sudah ditentukan, secara tidak langsung kita anggap dia dah menyusahkan orang lainlah bukan?
Namun, adakah perkara itu terhenti disitu? Tidak ya. Seluruh produksi terutama kru terpaksa pula berangkut barang dan bina set penggambaran untuk satu slot dia sahaja pada hari berlainan sebab dia pula pelakon utama.
Tetapi, sekali lagi dia kekal berada di alam ghaib, tak datang pada hari yang sudah ditentukan. Kali ketiga tarikh lain ditentukan, nak atau tidak, pelakon itu terpaksa juga datang sebab Cik Bunga difahamkan, bos besar produksi datang ke set.
Jadi ini bermakna, dia seorang sahaja penat atau kru dan orang lain pun penat? Pembaca boleh nilai sendiri. Pula itu, dia di set nak bersikap biadap dengan kru. Agaknya nak lempiaskan rasa geram sebab terpaksa datang selesaikan tugas terakhir.
Tak molek perangai begitu. Nama pun nak cari rezeki. Selagi ada kudrat itu, kerjalah. Awak pun bakal berkeluarga besar tak lama lagi.. Opps.