Pelakon kecewa Margot Robbie, Greta Gerwig, gagal lolos pencalonan Oscar - Utusan Malaysia

Pelakon kecewa Margot Robbie, Greta Gerwig, gagal lolos pencalonan Oscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pengarah filem Barbie, Greta Gerwig, gagal membolosi senarai pencalonan kategori utama Pengarah Terbaik, anugerah berprestij Akademi Oscar tahun ini.

Bukan hanya Gerwig, malah pelakon utama filem box office itu, Margot Robbie, juga gagal disenarai dalam pencalonan kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Ramai yang kecewa dengan pengumuman itu termasuklah pelakon Ryan Gosling yang membawakan karakter Ken dalam filem berkenaan.

“Hasil kerja mereka sepatutnya diiktiraf dan layak berada bersama-sama calon yang lain. Tidak ada Ken tanpa Barbie dan tidak ada filem Barbie tanpa Margot Robbie.

“Dua wanita itu ialah individu yang paling hebat menghasilkan filem penting dalam sejarah,” katanya ketika ditemu ramah media tempatan.

Pelakon, Ferrera juga menyifatkan dirinya sangat kecewa kerana Robbie dan Gerwing tidak disenarai dalam kategori utama.

Gerwig bagaimanapun tersenarai dalam kategori Lakon Layar Adaptasi Terbaik bersama suaminya, Noah Baumbach untuk filem Barbie.

Barbie bagaimanapun tercalon dalam beberapa kategori iaitu Filem Terbaik, Lagu Original Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan beberapa kategori teknikal.

Tahun ini, Zazie Beetz dan Jack Quaid mendominasi banyak kategori termasuklah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik dan lain-lain menerusi filem Oppenheimer.

Malam kemuncak Anugerah Oscar 2024 akan diadakan di Dolby Theatre, Los Angeles pada 10 Mac nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya