Pelajar cedera di paha dihempap runtuhan dinding konkrit asrama sekolah - Utusan Malaysia

Pelajar cedera di paha dihempap runtuhan dinding konkrit asrama sekolah

ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan pelajar yang dihempap runtuhan dinding konkrit di sebuah asrama sekolah di Kampung Putera Jaya, Besut, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat cedera di kedua-dua paha selepas dihempap runtuhan dinding konkrit di sebuah asrama sekolah di Kampung Putera Jaya, sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd. Razli Rapiae berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 11.22 pagi dan sembilan anggota termasuk pegawai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ketika pihak bomba tiba di lokasi kita dapati seorang pelajar berusia 16 tahun telah terperangkap di bawah runtuhan konkrit.

“Dinding konkrit yang runtuh itu telah menghempap kedua-dua paha pelajar wanita
terlibat,

“Kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membawa keluar mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya di sini, hari ini.

Mohd. Razli berkata, mangsa yang tercedera kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN