Pelacur? Main dadah? Ada cermin tak? - Zarina Anjoulie - Utusan Malaysia

Pelacur? Main dadah? Ada cermin tak? – Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perang dua selebriti, Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff yang dahulunya bersahabat baik semakin membara apabila Zarina turut mendakwa bekas rakan rapatnya itu turut sama bergelumang dengan dadah.

Dalam satu sesi siaran langsung, Zarina berkata, dia sebolehnya tidak mahu ‘melayan’ drama dan dakwaan yang dilemparkan Fathia sebelum ini yang menyebarkan tohmahan kononnya dia terlibat dengan penyaahgunaan dadah.

“Aku malas layan drama ini. You want attention, take it. Aku tahu kau tak boleh handle kalau aku balas. Jadi, saya tidak akan melayan perkara mengarut ini.

Tapi bahagian dadah itu, janganlah berlakon macam kau pun tak mendadah juga. Janganlah berlakon, kau pun junkie. Kau pun ‘tarik’ dadah tapi nak acah suci. That’s the annoying part you know.

“Kalau kau tak mendadah tak apa. Masalahnya kau pun penagih juga,” dakwa pelakon Anak Pontianak itu yang bengang dengan pendedahan Fathia sebelum ini.

Selain Zarina, pasangan pelakon, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza yang juga bekas teman lelaki Fathia sebelum ini turut terkait dengan pendedahan aktres tersebut di media sosialnya.

Dalam pada itu, geram dengan gelaran pelacur yang dilontarkan Fathia, Zarina turut mendakwa bekas teman baiknya itu juga sebenarnya pernah melakukan aktiviti persundalan dengan beberapa lelaki.

“Lepas itu nak cakap orang pelacur, yang kau dengan dua adik beradik dekat house party itu apa?

“Kau tahu, aku tahu. I know your bullshit! Like apa yang kau cakap aku penagih dadah, aku pelacur rasa nak hantar cermin besar kat rumah.

“Ada tak cermin? Are you talking to yourself? Giel, you talking to yourself. You are sick. You are sick human being. You need help!” dakwa Zarina.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya