Pekerja warga asing maut terkena renjatan elektrik - Utusan Malaysia

Pekerja warga asing maut terkena renjatan elektrik

TAPAK pembinaan di mana seorang pekerja warga asing dilaporkan maut selepas terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan saluran udara dan paip di George Town, Pulau Pinang, kelmarin. - Pic: IHSAN JKKP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang pekerja warga asing dilaporkan maut selepas terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja pemasangan saluran udara dan paip di sebuah tapak pembinaan di sini, kelmarin.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang berkata, mangsa terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja kimpalan menggunakan ‘scissor lift’ kira-kira pukul 9.45 pagi.

Sehubungan itu, tambahnya, JKKP Pulau Pinang telah mengeluarkan notis pemberhentian kerja serta-merta di tapak pembinaan terbabit sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Sepasukan pegawai penyiasat JKKP telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima pemberitahuan mengenai kes kejadian kemalangan tersebut.

”Daripada siasatan awal yang dijalankan mendapati, mangsa merupakan pekerja subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan “ducting’ dan ‘piping’ di tapak pembinaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri oleh rakannya yang menyedari mangsa telah tergantung di atas ‘scissor lift’.

‘Rakan sekerjanya telah membawa mangsa keluar dari tapak pembinaan tersebut, namun dia disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pihak Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati mangsa terkena renjatan elektrik,” katanya.

Tambahnya, JKKP juga telah mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada JKPP.

Ujarnya, JKKP Pulau Pinang akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenal pasti selain lawatan susulan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil.

Tegasnya, menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

“Majikan yang mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja perlu membuat analisa risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum sebarang aktiviti kerja dijalankan.

“Ini bagi menghapus atau mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan orang awam serta mengelakkan berlakunya kemalangan semasa aktiviti kerja dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya