Pekerja rencam didakwa edar syabu seberat 528 kilogram - Utusan Malaysia

Pekerja rencam didakwa edar syabu seberat 528 kilogram

TERTUDUH di bawa ke Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis hari ini bagi menghadapi pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 528 kilogram di Hutan Simpan Mata Ayer, Padang Besar, Perlis, pada 10 Januari laku. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang pekerja rencam didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini atas dakwaan mengedar dadah seberat lebih 528 kilogram di Hutan Simpan Mata Ayer, Padang Besar, di sini, pada 10 Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Fazli Aziz, 36, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurshahida Abdul Rahim.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Fazli didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 528 kilogram di kawasan semak Hutan Simpan Mata Ayer, Padang Besar pada pukul 4 pagi, 10 Januari lalu.

Berikutan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Tertuduh turut berdepan hukuman gantung sehingga mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum gantung, boleh dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 22 Mac untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Utusan Malaysia pada 15 Januari lalu melaporkan mengenai kejayaan polis mematahkan sindiket penyeludupan dadah menwrusi rampasan 528 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM19 juta di dalam kawasan Hutan Simpan Persekutuan, Padang Besar di sini, 10 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, berdasarkan siasatan dilakukan, pihaknya menemukan 20 guni berjahit yang di dalamnya mengandungi 480 bungkusan plastik teh cina disyaki dadah jenis methamphetamine.

Rampasan dadah seberat 528 kilogram dianggarkan bernilai RM19 juta bersama aset seperti kereta, motosikal, jam tangan dan pelbagai lagi berjumlah RM515,545.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya