Pekerja p-hailing, e-hailing nikmati pakej khas telekomunikasi serendah RM33

Pekerja p-hailing, e-hailing nikmati pakej khas telekomunikasi serendah RM33

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakej khas telekomunikasi serendah RM33 sebulan bagi data minimum 40GB bakal dinikmati oleh 150,000 hingga 200,000 pekerja e-hailing serta p-hailing di seluruh negara bermula hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pakej tersebut membuktikan kerjasama baik antara kementeriannya dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan rakan strategik lain.

Katanya, pakej tersebut diwujudkan bagi memastikan kumpulan pekerja-pekerja ekonomi gig tersebut mendapat manfaat dan memenuhi keperluan mereka melalui penawaran pelan dengan harga yang berpatutan.

“Pakej ini adalah bersifat perniagaan kepada perniagaan. Bermaksud sesebuah syarikat p-hailing akan berbincang dengan telco (syarikat telekomunikasi) untuk menyediakan perkhidmatan atau pakej yang sesuai manfaat dengan keperluan penghantar mereka.

“Saya percaya usaha ini dapat membantu penghantar di seluruh negara. Kita harap ini akan menjadi langkah pertama tahun ini diikuti langkah dan pakej yang lain selepas ini,” katanya selepas melancarkan Pakej P-Hailing RAHMAH, hari ini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, tempoh bagi mula langganan berjalan selama sebulan sementara pakej langganan ditawarkan pula berjalan untuk satu tahun.

“Sebagai permulaan, kita akan buka selama sebulan ini untuk lihat prestasi langganan. Selepas beberapa minggu, kita akan dapat kemas kini mungkin selepas Tahun Baharu Cina dan selepas itu, jika perlu kita cadangkan (untuk) dilanjutkan.

“Apa yang penting, syarikat p-hailing gunakan kesempatan ini untuk menyampaikan maklumat ini kepada penghantar mereka, supaya mereka tahu ada pakej yang bersifat rahmah dalam mereka menjalankan tugas sebagai penghantar,” katanya.

Kata beliau, oleh kerana sektor gig ekonomi mempunyai fleksibiliti dan dinamik maka tempoh langganan yang ditetapkan selama setahun juga difikirkan boleh dilaksanakan pada tahun seterusnya.

“Kita tahu kadangkala ada penghantar yang akan ‘drop up’ dari program atau pindah kepada syarikat lain, tapi ia tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan syarikat telco dan p-hailing.

“Tapi sekiranya ada keperluan dilanjutkan, saya tak fikir ia jadi satu perkara yang mustahil untuk dilanjutkan. Saya rasa tempoh satu tahun adalah standard. Selepas setahun mungkin ada pekej yang bersifat Rahmah lagi selepas itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya