Pasukan petugas 1MDB pertimbang prosiding undang-undang

Pasukan petugas 1MDB pertimbang prosiding undang-undang terhadap bank asing

1mdb
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Petugas 1MDB mempertimbangkan prosiding undang-undang terhadap beberapa bank asing yang memudahkan pemindahan dana berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa melaksanakan proses pengesahan Kenali Pelanggan Anda (KYC) dengan sewajarnya pada masa itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pasukan petugas khas itu komited menangani perkara 1MDB dengan telus dan memastikan semua pihak bertanggungjawab  bagi penyelesaian yang adil demi kepentingan terbaik rakyat Malaysia.

1mdb
JOHARI Abdul Ghani

“Kerajaan memfailkan jawapannya pada 8 November lalu kepada permintaan timbang tara Goldman Sachs’ dan pihak-pihak lain yang sedang dalam proses untuk bersetuju dengan jadual prosedur.

“Kerumitan Perjanjian Penyelesaian memerlukan pemeriksaan yang teliti dan kami akan mengambil bahagian secara aktif dalam proses timbang tara tersebut bagi memastikan penyelesaian adalah adil demi kepentingan terbaik rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, Perjanjian Penyelesain yang dimeterai pada Ogos 2020 antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs memerlukan mereka untuk membayar tunai sebanyak AS$2.5 bilion dan memberikan jaminan pemulangan aset AS$1.4 bilion kepada kerajaan.

Namun, ketika ini perunding dan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia gagal mendapatkan penyelesaian yang adil dan mencukupi daripada bank pelaburan multinasional tersebut.

1MDB kini membayar yuran penasihat yang amat tinggi iaitu sebanyak AS$606 juta kepada Goldman Sachs bagi menasihatkan penerbitan tiga bon berjumlah AS$6.5 bilion.

Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi  berkata, satu mesyuarat diadakan pasukannya bagi membincangkan perkembangan terkini mengenai pemulangan aset 1MDB dan perkara-perkara lain termasuk pertikaian bersama Goldman Sachs.

“Kerajaan mengakui bahawa wujudnya kerumitan kerahsiaan berhubung butiran penyelesaian tersebut, namun menyasar untuk memberikan ketelusan dan kemas kini mengenai situasi semasa kepada umum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya