Pas tanya kerajaan, sudah berjaya noktahkan kemiskinan tegar?

Pas tanya kerajaan, sudah berjaya noktahkan kemiskinan tegar?

Apakah janji kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar pada hujung 2023. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan diminta untuk memberi penjelasan sama ada matlamat untuk menoktahkan miskin tegar pada tahun lalu berjaya dihasilkan atau pun tidak.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerajaan perlu tampil memberi penjelasan selepas berkali-kali menyatakan keyakinan bahawa miskin tegar dapat dinoktahkan pada tahun 2023.

“Hari ini 1 Januari 2024, adakah tidak wujud lagi miskin tegar di Malaysia? Kerajaan dimohon perjelaskan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

 

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan yakin 130,000 ketua isi rumah miskin tegar dapat ditangani dan dinoktahkan pada tahun ini menerusi beberapa langkah drastik termasuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat 15 Mac lalu, sebanyak 123,243 ketua isi rumah miskin tegar sudah dikenal pasti kerajaan untuk dibantu dengan beberapa langkah.

“Bagaimanapun, saya sengaja letakkan jumlah sebanyak 130,000 ketua isi rumah ini kerana kemungkinan jumlahnya akan bertambah. 

“Secara keseluruhannya, saya yakin dan percaya usaha yang dilakukan kerajaan akan berhasil dan menokhtahkan kemiskinan tegar serta memastikan kelompok rakyat termiskin tanpa mengira latar belakang kaum dapat segera dibantu sekali gus keluar keluar daripada belenggu kemiskinan” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 28 Mac lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya