Pantang salah sikit nak mengamuk, elak jadi panas-baran

Pantang salah sikit nak mengamuk, elak jadi panas-baran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIKAP panas-baran sebenarnya boleh diuruskan dengan baik sekiranya seseorang individu mampu menguruskan emosinya ketika berdepan suasana tidak dijangka. 

Sekiranya berdepan situasi berkenaan, Kaunselor, Zuhdi Zakaria menyarankan individu menarik nafas sedalam-dalamnya supaya dapat mengekalkan ketenangan dalam diri.  

Jelasnya, bertindak dan mengawal pemikiran juga penting supaya sikap panas baran tidak diterjemahkan dalam tindakan yang tidak terkawal. 

“Benda paling asas dan universal yang melangkaui latar belakang sosial masyarakat, adalah mulakan dengan sains pernafasan.

“Bila kita bernafas dengan betul, oksigen pun sampai ke otak sekaligus dapat mewujudkan keseimbangan dalam diri. Ini bermakna ‘marah’ itu boleh diuruskan dengan baik sekiranya kita mampu mengawal keadaan,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Disoal adakah sikap panas-baran adalah genetik yang diwarisi daripada ahli keluarga, Zuhdi tidak menidakkan kerana mempunyai asas yang kukuh menerusi kajian pakar.  

“Dari aspek biologi, saya percaya ia adalah faktor genetik. Contohnya kalau keturunan dia memang jenis pemarah, ada kaitan dengan darah pahlawan atau pemburu di hutan. 

“Namun, dari aspek psikologi, ia sebenarnya boleh diuruskan dengan baik serta mengambil beberapa langkah yang perlu dalam berdepan situasi tersebut. 

“Bagaimana kita bertindak balas dengan situasi dan menguruskan emosi sendiri,” katanya yang kini aktif menguruskan klinik kaunseling sendiri termasuk lima cawangan di seluruh negara.  

Sebagai perbandingan, Zuhdi berkata, setiap perkara perlu menggunakan hati daripada mendahului akal semata-mata. Pada masa sama, individu perlu mengenal diri sendiri supaya tidak terhakis perasaan ketenangan, keyakinan dan kesabaran. 

“Contohnya ketika lapar. Otak kita bagi signal lapar, kita fikir kedai dulu ke atau lapar? 

“Sudah tentu, lapar datang dahulu sebelum kita memutuskan untuk pergi ke mana-mana kedai atau restoran,” jelasnya.  

Mengenai punca yang menyebabkan individu boleh terjerumus ke perasaan marah, katanya, pengaruh teknologi juga menyumbang kepada permasalahan ini selain cara berfikir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya