Pameran Anak-Anak Sidek disasar tarik 20,000 pengunjung - Utusan Malaysia

Pameran Anak-Anak Sidek disasar tarik 20,000 pengunjung

Pameran Anak-Anak Sidek
BORHAN Aman Shah (dua, kiri) bersama Datuk Dr. Misbun Sidek dan Datuk Seri Jalani Sidek (kanan) ketika gimik perasmian pameran tersebut di Muzium Sultan Alam Shah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pameran Anak-Anak Sidek: Legenda Badminton Negara yang berlangsung selama enam bulan bermula 1 November lalu disasar menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung sebagai cara mendedahkan bakat dan kegemilangan yang pernah dikecapi Malaysia dalam sukan tersebut.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah berkata, beliau optimis sasaran tersebut boleh dicapai berdasarkan promosi yang dibuat oleh pihak Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat).

“Sehingga hari ini, jumlah pengunjung adalah sekitar 5,000 orang. Jadi, kita akan buat promosi mengenai pameran ini melalui media sosial dan akhbar tempatan dengan lebih giat, selepas ini.

“Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat, saya taja dua buah bas untuk membawa beberapa murid terpilih daripada sekolah di dalam kawasan saya, untuk hadir menonton pameran ini,” katanya selepas merasmikan pameran tersebut di Muzium Sultan Alam Shah, di sini, hari ini. 

Borhan turut merayu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seluruh Selangor supaya mempromosikan pameran keluarga lagenda badminton itu kepada penduduk yang diwakili mereka supaya mereka mengetahui berhubung berlangsungnya program terbabit.

Selain pameran menurutnya, orang ramai berpeluang untuk bermain permainan tradisional, batu seremban dan congkak yang disediakan pihak muzium sekiranya ada di anak pengunjung mahu bermain.

“Pihak kelab badminton Nusa Mahsuri juga turut mengadakan dialog mengenai sukan badminton sepanjang berlangsungnya pameran ini.

“Apa yang boleh saya katakan, pameran ini sangat menarik kerana pengunjung boleh mengetahui sedikit sebanyak mengenai keluarga Allahyarham Datuk Mohd. Sidek dan pencapaian keluarganya dalam arena badminton antarabangsa.

“Pameran ini turut mempamerkan pingat kemenangan yang pernah dimenangi mereka di Kejuaraan Badminton Sedunia, Kejohanan Badminton All England, Sukan Asia dan Sukan Sea,” ujarnya.

Pameran Anak-Anak Sidek: Legenda Badminton Negara berlangsung setiap hari sehingga 30 April, dari pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya