Paip bawah permukaan air Sungai Perai bocor lagi, 200,000 pengguna bakal terjejas

Paip bawah permukaan air Sungai Perai bocor lagi, 200,000 pengguna bakal terjejas

PAIP bawah permukaan air di Sungai Perai, di Seberang Perai, Pulau Pinang bocor hari ini dan boleh menyebabkan berlaku gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Satu lagi kejadian paip bocor dikesan berlaku di paip bawah permukaan air di Sungai Perai, di Seberang Perai hari ini yang boleh menyebabkan berlaku gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di negeri ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, pihaknya telah mengesan kebocoran besar secara mendadak pada bahagian saluran paip bawah permukaan air 1,350 milimeter (mm).

”PBAPP sedang berusaha mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum. Langkah ini mungkin membawa kepada gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di daerah Barat Daya dan beberapa kawasan di Seberang Perai,” katanya di sini hari ini.

Untuk rekod, kejadian paip bocor di bawah air di Sungai Perai hari ini adalah kali ketiga berlaku selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu.

Ekoran beberapa kejadian paip bocor itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai, di Seberang Perai bagi mengatasi masalah saluran paip bawah air yang bocor di sungai berkenaan.

Menurut PBAPP, kejadian itu adalah mendadak dan bukan gangguan bekalan air berjadual yang dilakukan oleh PBAPP.

”PBAPP telah mengaktifkan pelan respons kecemasannya. Kami akan menyiarkan kemas kini sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di daerah Barat Daya seperti di kawasan Sungai Ara, Bayan Lepas, Bukit Gedung dan sebagainya telah mengalami gangguan bekalan bermula kira-kira pukul 5 petang ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN