PADU jamin setiap kemudahan kerajaan dinikmati penerima berhak - Anwar

PADU jamin setiap kemudahan kerajaan dinikmati penerima berhak – Anwar

ANWAR Ibrahim merasmikan gimik pelancaran Pengkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pangkalan Data Utama (PADU) diwujudkan selaras pendekatan transformasi digital negara dengan jaminan setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, menerusi PADU, setiap ketirisan dalam penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan dapat dielakkan.

Beliau berkata, kerajaan berjaya membangunkan sistem pangkalan data negara negara yang lebih canggih dan ia dilihat memberi manfaat secara menyeluruh.

“Perlu tekad baharu dan jangan tolak ansur kerana tanpa PADU terlalu banyak ketirisan, banyak kebocoran dan penipuan. Kalau tidak, tidak ada sebab masih ada kelompok miskin dalam negara.

“Penyaluran subsidi tanpa pendekatan digital hanya menyebabkan golongan maha kaya dan warga asing mendapat manfaatnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran PADU di sini, hari ini.

Katanya, subsidi diberi kerajaan ketika ini mencecah RM80 bilion dan tidak mungkin Malaysia bertahan mengurus kewangan belanjawan negara jika hal ini tidak dapat diperbaiki.

Sementara itu, Anwar berkata, keupayaan membina PADU jelas menujukkan jentera kerajaan mampu melaksanakan perkara baharu tanpa bergantung kepada konsultan antarabangsa yang melibatkan kos tinggi.

Menurutnya, beliau mahu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuli Ali memantau pelaksanaan sistem PADU agar ia mencapai matlamat yang diidamkan.

“PADU penting kerana ia menjamin saluran susbidi sampai dan ia juga menunjukkan keupayaan dan penyertaan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Jelasnya lagi, seluruh jentera kerajaan diingatkan untuk tidak meninggalkan masyarakat miskin bandar, pedalaman dan desa ketika melaksanakan transformasi digital khususnya melibatkan PADU.

“Kaedah PADU memaksa setiap warga negara faham tentang transformasi digital dan guna sistem PADU dan ia menunjukkan ada kecelikan budaya dan digital,” katanya.

PADU dibuka untuk pendaftaran dan kemaskini bermula hari ini sehingga 31 Mac ini.

Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU, serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya