Oprah tolak dakwaan musuhi Taraji - Utusan Malaysia

Oprah tolak dakwaan musuhi Taraji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Selebriti berpengaruh, Oprah Winfrey, tampil menafikan dakwaan beliau bermasam muka dengan pelakon, Taraji P. Henson.

Bercakap kepada portal ET, Oprah atau nama sebenarnya Oprah Gail Winfrey memaklumkan, hubungannya dengan bintang The Color Purple itu kekal baik dan tidak bermusuhan seperti didakwa netizen.

“Netizen mendakwa kami menjauhkan diri antara satu dengan lain ketika sama-sama naik puncak banggunan Empire State baru-baru ini.

“Saya tidak pasti ‘bahasa tubuh’ apa yang dimaksudkan mereka kerana kami pada ketika itu sedang menahan kesejukan. Saya pula sedaya upaya mahu memanaskan badan.

“Reaksi kami ketika itu langsung tidak membayangkan kami bermasam muka seperti diperkatakan netizen sebelum ini,” katanya semasa sesi karpet merah anugerah Golden Globes semalam.

Terdahulu, Winfrey dan Taraji dikatakan dingin apabila keduanya dirakam saling berjauhan dan kurang bertegur ketika melakukan lawatan ke banggunan Empire State, baru-baru ini.

Situasi itu dikatakan berpunca apabila Winfrey selaku penerbit filem tersebut, dikatakan berang apabila Taraji menerusi satu wawancara podcast, bersuara mengenai isu bayaran tidak setimpal yang dihadapi dia dan pelakon kulit hitam lain di Hollywood.

Dalam wawancara sama di Golden Globes, Winfrey menafikan beliau tidak menyokong dan bercanggah pandangan dengan Taraji berkenaan isu tersebut.

“Ramai menuduh saya tidak menyokong Taraji. Sedangkan Taraji sendiri akan memberitahu kalian betapa saya berusaha gigih sebagai tulang belakang filem ini (The Color Purple), bukan sahaja dalam memenuhi keperluan belakang tabir, malah keseluruhan tenaga kerja produksi.

“Saya tidak dipertanggungjawab ke atas belanjawan filem ini. Ia di tangan pengurusan Warner Brothers yang melunaskan bayaran dengan sistem yang telah mereka tetapkan.

“Sebagai penerbit, kami juga dibayar dengan kadar yang telah dirunding. Apa pun, saya tidak pernah menutup mata, malah sentiasa cuba memenuhi keperluan dan membantu tenaga kerja produksi yang mengalami masalah kenderaan atau kekurangan makanan di set penggambaran. Saya percaya Taraji juga tidak akan menafikan perkara itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya