Op Taring gempur penempatan, perniagaan tumpuan PATI

Op Taring gempur penempatan, perniagaan tumpuan PATI

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi Taring yang digerakkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) akan memberi fokus kepada kawasan penempatan dan perniagaan yang menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk mengesan sindiket yang mengawal mereka.

Pengarah KDNKA, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, terdapat beberapa siri operasi yang akan dijalankan pihaknya pada masa akan datang.

Kata beliau, operasi khas itu akan memberi tumpuan kawasan penempatan dan perniagaan yang dimonopoli warga asing. 

“Operasi ini bertujuan mengesan Ketua sindiket yang mengawal PATI selain membanteras pelbagai jenayah di kawasan penempatan, terutama membabitkan mereka.

“Selain itu, operasi turut memfokuskan kepada membanteras sebarang aktiviti tidak sihat membabitkan warga asing,” katanya di sini.

Sebelum ini beberapa siri serbuan dilakukan KDNKA termasuk di Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada 23 Disember lalu.

Terbaru, seramai 108 individu, termasuk empat wanita Pati ditahan dalam serbuan di Pasar Harian Selayang, di sini, kelmarin.

Serbuan pada kira-kira pukul 3 pagi itu turut dibantu Jabatan Imigresen dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Seramai 213 warga asing yang berada di sekitar kawasan pasar harian berkenaan diperiksa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya