TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan tuduhan Afrika Selatan bahawa ia melakukan tindakan genosid di wilayah Palestin.
Sebaliknya, Netanyahu menyatakan Israel mempamerkan moraliti yang tiada tandingannya dalam perang Gaza.
Beliau turut mempertahankan peperangan tersebut.
“Kami akan meneruskan perang pertahanan kami, yang keadilan dan moralnya tanpa batasan,” Netanyahu memberitahu mesyuarat kabinet di Tel Aviv.
Kenyataan tersebut dibuat selepas Afrika Selatan mahu mengheret Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mendakwa Israel melakukan genosid di Gaza.
“Tidak, Afrika Selatan, bukan kami yang datang untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai, tetapi Hamas.
“Ia akan membunuh kita semua jika boleh. Sebaliknya, IDF (tentera Israel) bertindak secara moral yang mungkin,” kata Netanyahu.
Israel melancarkan kempen ketenteraan tanpa henti menentang Hamas di Gaza selepas tentera Palestin itu melakukan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas selatan Israel pada 7 Oktober lalu.
Serangan itu menyebabkan kira-kira 1,140 penduduk Israel terbunuh kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka Israel.
Serangan berterusan Israel di Gaza pula membunuh lebih 21,800 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di Gaza yang diperintah Hamas. -AFP