Naqiu berang penganjur konsert tabur janji palsu - Utusan Malaysia

Naqiu berang penganjur konsert tabur janji palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Naqiu berang dengan tindakan seorang penganjur konsert yang menabur janji palsu dengan menggunakan alasan mahu menganjurkan konsert Boboy semata-mata untuk bertemu penyanyi berkenaan.

Kata Naqiu, dia kecewa dengan tindakan individu berkenaan, yang padanya telah membuang banyak masa selain mempermain-mainkan nama Boboy untuk kepentingan peribadi.

“Individu tersebut lebih 10 kali jumpa saya, menyatakan hasrat dan perancangan untuk anjurkan konsert Boboy. Tapi sampai sekarang satu apa pun tak ada.

”Setiap kali berjumpa, kami hanya borak kosong. Umpama sekadar nak berjumpa sahaja. Saya kurang pasti apa niatnya. Tapi setakat ini dia tidaklah minta perkara yang bukan-bukan.

”Perkara ini berlaku agak lama, kira-kita satu tahun. Kami tak pernah berdua, saya akan ditemani pengurus setiap kali berjumpa dia. Tapi itulah, ibaratnya dia guna alasan kononnya nak anjurkan konsert Boboy semata-mata nak berjumpa saya,” dedahnya.

Naqiu berkata demikian pada sidang media Konsert After Hours With Hetty Koes Endang, semalam.

Konsert yang bakal diadakan pada 24 Febuari itu turut menampilkan Naqiu sebagai artis undangan, selain anak Hetty, Afifah Yusuf, penyanyi, Intan Maya dan Zul 2BY2.

Kata Naqiu, meskipun terkilan, dia tidak berdendam dan sedia berjumpa dengan individu berkenaan sekiranya ada keperluan.

”Saya memang tak puas hati dengan dia, sebab saya menjaga nilai Boboy yang pada saya cukup berharga.

“Walaupun ada parut dalam hati, saya masih boleh berjumpa dengannya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya