Mungkin MP Pasir Mas ini malas mahu ingat - Fahmi Fadzil 

Mungkin MP Pasir Mas ini malas mahu ingat – Fahmi Fadzil 

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangkang masih boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri juga sebelum ini sudah mencabar sebanyak dua kali mengenai perkara itu selain menyatakan kesudian mengurangkan tempoh kurang daripada dua minggu kepada tiga hari, jika pembangkang mempunyai undi tidak percaya yang cukup. 

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari bahawa tiada jaminan usul undi tidak percaya kepada Anwar akan diterima Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. 

“Tidak benar. Mungkin Ahli Parlimen Pasir Mas sudah lupa atau malas nak ingat,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Beliau turut melampirkan dua laporan akhbar bertarikh pada Mei dan Julai 2023 mengenai perkara itu untuk memberi peringatan dakwaan Ahmad Fadhli tidak berasas.

Sebelum ini, portal berita melaporkan, Ahmad Fadhli mendakwa tiada jaminan usul tidak percaya akan diterima untuk dibahas dan diundi memandangkan sebelum ini beberapa usul ditolak ‘mentah-mentah’.

Ia susulan daripada kenyataan Anwar bahawa pembangkang tiada kekuatan di Dewan Rakyat bagi menjatuhkan kerajaan, termasuk membawa usul tidak percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya