MOT bantu pemandu teksi carum Perkeso

MOT bantu pemandu teksi carum Perkeso

Pemandu teksi kini lebih banyak menunggu ekoran permintaan berkurangan ekoran saingan daripada perkhidmatan e-hailing. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) memutuskan untuk menanggung caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi hampir 40,000 pemandu teksi di seluruh negara.

Menterinya, Anthony Loke berkata, bantuan caruman itu adalah antara insiatif yang akan dilaksanakan oleh MOT tahun ini memandangkan pemandu teksi rata-ratanya terdiri daripada warga emas dan veteran tentera.

“Mereka dipilih kerana mereka pemandu tetap dan kita tahu implikasi kewangan yang diperlukan bagi bantuan caruman itu.

“Kami akan menggunakan hasil jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) bagi menanggung bantuan caruman itu. Sebanyak 50 peratus daripada hasil jualan NPI akan diperuntukkan bagi tujuan itu termasuk inisiatif lain,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya berharap bantuan ini dapat melindungi kebajikan pemandu-pemandu teksi dan ahli keluarga mereka sekiranya ditimpa kemalangan.

Loke berkata, inisiatif itu akan dimulakan selepas memperoleh hasil jualan NPI siri GOLD yang akan dibuka untuk bidaan bermula 1 hingga 5 Februari ini.

“Kita akan laksana tahun ini selepas bidaan siri NPI itu ditutup dan selepas hasil jualan diperoleh. Jika hasil bidaan NPI lebih tinggi, maka lebih ramai akan dibantu pada masa depan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata, MOT akan memperkenalkan e-testing selepas sambutan Tahun Baharu Cina ini bagi mengatasi isu ujian lesen memandu yang tertangguh.

“Kami akui ada kes tertunggak mengenai pengambilan ujian lesen memandu dan ia akan ditangani segera serta diselesaikan menerusi insiatif e-testing.

“Kita akan umum mekanisme pelaksanaan e-testing itu tidak lama lagi dan perincian lebih jelas mengenainya akan diumum selepas sambutan Tahun Baharu Cina ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya