MOT ada cara nilai tuntutan isu harga subsidi penerbangan RM599

MOT ada cara nilai tuntutan isu harga subsidi penerbangan RM599

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) ada cari tersendiri bagi memastikan segala tuntutan oleh operator udara terhadap isu tiket subsidi penerbangan RM599 adalah sahih.

Justeru, menterinya, Anthony Loke memberi jaminan bahawa pengguna tidak perlu bimbang kononnya berlaku penipuan dan manipulasi harga tambang yang dikenakan.

“Jangan pandang rendah ‘kebijakan’ kami sehingga ada fikir syarikat penerbangan mudah memperdayakan caj tiket untuk buat tuntutan palsu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 15 Disember lalu, beliau melancarkan skim tambang tetap cuma RM599 oleh semua operator tempatan untuk tiga hari sebelum lima perayaan utama ke Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, ada pihak meragui inisiatif subsidi tiket tersebut kerana bimbang ada syarikat terlibat menipu ketika tuntutan pembayaran lebihan yang ditanggung oleh MOT.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, setiap harga memang dipantau ketat Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan pihaknya tahu kos bagi semua kerusi yang dijual.

“Mereka tidak boleh naik caj sesuka hati kerana ada mekanisme ditetapkan dan proses audit juga amat teliti agar semakan tuntutan yang dikemukakan nanti adalah telus,” jelas beliau.

Pada masa sama ujarnya, inisiatif MOT menetapkan had RM599 juga menawarkan situasi menang-menang kepada pihak penumpang serta syarikat terbabit daripada isu kerugian malah langsung tidak melibatkan peruntukan tahunan kementerian dan tiada penggunaan ‘duit rakyat.’

“Saya akan buat satu sidang akhbar khas untuk memperincikan perkara ini kerana tahu ada yang tersalah faham dan persoal bagaimanakah kami kreatif mencipta skim ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya