Modal RM50, dapat lembu berharga RM3,700

Modal RM50, dapat lembu berharga RM3,700

TUMIN Sumiran bersama lembu yang dimenanginya dalam Pertandingan Rembat Ikan Puyu di Kampung Jorak Ilahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, hari ini. - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Hanya bermodalkan RM50 untuk menyertai Pertandingan Rentap Ikan Puyu, seorang pemancing tidak menyangka dapat membawa pulang seekor lembu berharga RM3,700.

Dengan hanya menaikkan seekor ikan puyu seberat 131 gram dan meletakkannya pada carta ke 20 daripada keseluruhan 50 berat timbangan seekor ikan telah memberikannya rezeki yang lumayan ini.

Tumin Sumiran, 53, berkata, tidak menyangka umpan telor kerengga yang digunakan untuk menyertai pertandingan ini membawa tuah kepadanya.

Katanya, lembu jantan yang dimenangi ini akan ditumpangkan ke sebuah pemilik ternakan di Kampung Jorak Ilahi sebagai lembu pejantan kepada lembu betina.

“Alhamdulillah, niat menyertai pertandingan sekadar suka-suka ini tidak disangka memberikan hadiah kepada keluarga.

“Jika tiada aral, lembu ini akan disimpan sehingga Hari Raya Aidil Adha nanti dan dijadikan sebagai acara korban untuk keluarga,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tumin berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Zaidi Jaafar dan Penghulu Mukim Simpang Kanan, Mohd. Adam Ahmad.

Sementara itu, Ketua Kampung Jorak Ilahi, Mohd Hamidi Md Tap berkata, seramai 600 orang menyertai pertandingan itu yang julung kali diadakan oleh Ahli Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jorak Ilahi di Bukit Pasir, Batu Pahat.

Sebanyak 50 hadiah secara random diberikan pemenang mengikut kedudukan nombor satu sehingga 50 berdasarkan berat timbangan ikan puyu yang dinaikkan peserta.

Selain seekor lembu, turut dijadikan hadiah ialah tiga ekor kambing selain wang tunai RM8,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya