MKM Travel tawar peluang tunai haji percuma

MKM Travel tawar peluang tunai haji percuma

ABDUL HADI ABDUL RAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pelancongan, MKM Ticketing, Travel & Tours Sdn. Bhd. (MKM Travel) menawarkan peluang menunaikan ibadah haji secara percuma kepada bakal jemaah haji tahun 1445 H / 2024. 

Pengarah Strategik MKM Travel, Abdul Hadi Abdul Raman berkata, tajaan menunaikan ibadah haji itu diberikan kepada tiga jemaah yang sudah dipilih menunaikan haji bagi musim ini.

“Kami sedang mencari tiga jemaah yang telah menerima tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tahun ini untuk mengerjakan haji secara percuma bernilai RM50,000 setiap orang bersama MKM Travel.

“Bukan itu sahaja, MKM Travel juga mahu menaja ‘wang naik haji’ untuk lima orang lagi jemaah,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, MKM Travel diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai syarikat pelancongan berlesen serta diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13 Oktober 2011.

MKM Travel juga adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan visa umrah dan mempunyai lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, tawaran tajaan tersebut pertama kali dilakukan syarikatnya bagi menghargai rakyat Malaysia yang selama ini memberi sokongan kepada mereka.

Katanya, usaha itu juga sebagai salah satu inisiatif kebajikan dan cara MKM Travel memuliakan tetamu ALLAH SWT atau duyufurrahman.

“Syarat untuk merebut tawaran ini mudah sahaja, selain individu berkenaan telah menerima tawaran tunai haji tahun ini daripada TH, mereka juga mesti berhajat tunaikan haji secara swasta.

“Mereka perlu mendaftar untuk menunaikan haji bersama MKM Travel dan selesai membayar pakej tunai haji bersama syarikat ini,” katanya. 

Justeru, Abdul Hadi berkata, bakal jemaah haji dipelawa merebut peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup itu dengan melayari Facebook MKM Travel sebelum tarikh tutup penyertaan pada 30 Januari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN