MKM tawar diskaun RM2,500 untuk bakal jemaah haji

MKM tawar diskaun RM2,500 untuk bakal jemaah haji

PARA pengunjung yang hadir ke Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (Karnival PJH) Kali Ke-2, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MKM Ticketing Travel & Tours (MKM) menawarkan diskaun sebanyak RM2,500 kepada bakal jemaah terpilih bagi tahun 2024 untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci menerusi pakej yang disediakannya.

Pengarah Strategik MKM, Abd. Hadi Abd. Raman berkata, diskaun itu ditawarkan kepada semua jemaah tanpa mengira jenis pakej yang dipilih.

“Sebelum ini kita tidak tawarkan diskaun kepada jemaah haji, tetapi pada tahun ini kita ambil inisiatif bagi manfaat kad perubatan termasuk diskaun sebanyak RM2,500,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Abd. Hadi, kelebihan lain yang turut ditawarkan kepada bakal jemaah terpilih pada tahun ini termasuk pemeriksaan kesihatan dan pemberian suntikan vaksin.

“Ini adalah antara tarikan yang kita tawarkan kepada bakal jemaah bagi menarik perhatian mereka untuk melantik MKM sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH),” katanya.

Menurut beliau, MKM turut menawarkan pakej haji berkonsep ‘Rahmah’ yang ditawarkan di bawah harga RM50,000 untuk jemaah haji terpilih.

“Dalam suasana mencabar dengan peningkatan kos sara hidup masa kini, kerajaan mensyaratkan syarikat PJH menawarkan pakej haji ekonomi bawah RM50,000 bagi memberi pilihan kepada bakal haji daripada pelbagai lapisan masyarakat. 

“Jadi, sebagai menyahut inisiatif itu, MKM turut menyediakan pakej Rahmah menerusi Pakej Haji Salam yang ditawarkan serendah RM49,800 bagi bilik berlima,” katanya.

Jelasnya, sejumlah 25 PJH turut menyediakan pakej itu bagi memberi ruang kepada bakal jemaah haji terpilih melihat tawaran tersebut sebelum memutuskan syarikat pilihan mereka. 

“Sebenarnya, pakej ditawarkan bukan semata-mata untuk meraih keuntungan, sebaliknya ia adalah tanggungjawab kami kami memberikan layanan terbaik kepada tetamu Allah yang terpilih itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya