Minat STEM tunjuk perkembangan positif

Minat STEM tunjuk perkembangan positif

MINAT pelajar dalam bidang STEM menunjukkan perkembangan positif memberi harapabn baharu bahawa ada sinar bidang sains dan teknologi negara- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan minat pelajar terhadap aliran Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menunjukkan perkembangan positif seiring dengan usaha Kementerian Pendidikan yang lebih ramai pelajar menceburi bidang tersebut

Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata peningkatan nisbah peratusan pelajar yang mengambil aliran sains dan sastera merupakan pencapaian positif untuk sistem pendidikan negara.

Katanya, perkara ini dianggap sebagai satu kemajuan yang signifikan untuk terus menyokong inisiatif yang dapat mendorong pertumbuhan kecemerlangan dalam sektor pendidikan STEM.

“Yang kita harapkan adalah peningkatan bilangan murid dalam bidang sains tulen seperti matematik tambahan, biologi, fizik, dan kimia kerana peratusan yang memilih bidang ini masih rendah.

“Bidang ini membentuk asas atau syarat utama bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam bidang profesional seperti kedoktoran, perubatan, farmasi, pergigian, dan kejuruteraan yang semuanya memerlukan penguasaan dalam aliran sains termasuk bidang bioteknologi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, peratusan minat pelajar kepada aliran pembelajaran STEM kembali pulih selepas pelbagai anjakan dilaksana Kementerian Pendidikan bagi menyelesaikan masalah itu. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, berdasarkan data-data baharu setelah pihaknya melaksana pelbagai anjakan menunjukkan sudah ada trek rekod yang sangat baik berdasarkan sasaran nisbah 60 peratus pelajar mengambil aliran sains dan 40 peratus aliran sastera.

Dalam pada itu, Anuar berkata, KPM perlu mengambil pendekatan holistik dan bersepadu untuk menyeimbangkan peratusan antara aliran sains dan juga sastera.

Katanya, kerajaan perlu sentiasa peka terhadap perubahan dalam perkembangan semasa pendidikan untuk mengekalkan keseimbangan yang dicapai.

“Kementerian Pendidikan perlu menyediakan program pendidikan yang menekankan integrasi antara sains dan sastera dengan tujuan memberikan pemahaman yang menyeluruh kepada pelajar tentang keterhubungan kedua-dua bidang ini.

“Hal ini dapat memastikan pelajar tidak hanya mendapat pendidikan yang berkualiti tetapi juga bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya