Mesej perbualan Ebit Lew dan pengadu tidak dijumpai-Saksi

Mesej perbualan Ebit Lew dan pengadu tidak dijumpai-Saksi

YIP Chang Ching semasa hadir sebagai saksi pendakwaan di Mahkamah Majistret, Tenom hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Laporan analisis telefon bimbit milik pendakwah terkenal, Ebit Lew tidak menjumpai sebarang mesej perbualan antara tertuduh dan pengadu dalam kes gangguan seksual membabitkan pendakwah berkenaan.

Itu keterangan saksi kelapan, Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Makmal Forensik PDRM, Inspektor Yip Chang Ching di Mahkamah Majistret, hari ini.

Saksi memberitahu mahkamah berdasarkan laporan analisis daripada LGMS itu, tiada sebarang mesej atau media seperti dokumen, pautan dan gambar yang dijumpai dalam telefon milik tertuduh.

Mesej perbualan dalam laporan yang dimaksudkan adalah pengadu dan pemilik telefon yang dianalisis iaitu tertuduh.

Dalam keterangannya, saksi juga memberitahu ada kemungkinan tiada mesej perbualan kerana telah dipadam dan tiada ‘back-up’ dalam telefon bimbit. Itu sebabnya data yang dikeluarkan tidak menjumpai sebarang mesej perbualan antara kedua-dua telefon.

Walau bagaimanapun, saksi memberitahu mahkamah terdapat dua rekod panggilan telefon telah dibuat terhadap pengadu pada bulan Mei 2021.

Berdasarkan kata kunci carian yang dilakukan mendapati ada rekod dua panggilan keluar yang dijawab bagi tempoh dua minit 26 saat dan 22 minit tujuh saat pada tarikh 1 Mei 2021, pukul 7.28 pagi serta pada 20 Mei 2021, pukul 7.50 pagi.

Menurutnya lagi, hasil analisis dilakukan terhadap Samsung Galaxy Note, telefon bimbit yang didaftarkan atau digunakan oleh penama yang pernah mendaftar masuk menggunakan email Ebit Lew.

“Dalam telefon bimbit ini saya telah menjumpai 90 gambar dan tiga video disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain,” katanya.

Daripada 90 gambar itu, saksi memberitahu mahkamah terdapat 17 gambar kemaluan lelaki.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, Nor Azizah Mohamad dan Analia Kamaruddin manakala, Ebit diwakili peguam Ram Singh, Timothy Daut dan Chen Wen Jye. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya